Pengarah SPRM Sarawak Terima Kunjungan Tim Media Center Kalimantan Barat

 

 

 

 

Kuching, Malaysia –

Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sarawak (samacam KPK, red) , Hasbillah Mohammad Saleh, menerima kunjungan Tim Media Center Kalimantan Barat di Gedung SPRM Sarawak, Jumat sore (27/12) sekitar pukul 15.00 waktu Serawak.

Kunjungan ini merupakan langkah strategik dalam membangun kolaborasi dengan jurnalis serta pihak-pihak berkepentingan dalam memperkuat pengawasan dan penegakan undang-undang.

Dalam pertemuan tersebut, Hasbillah menekankan pentingnya kerjasama dalam menangani isu-isu lintas sempadan, termasuk penyeludupan dan kegiatan haram yang terus menjadi ancaman bersama.

“Kita sangat menekankan perlunya mendukung undang-undang yang telah ditetapkan untuk menangani isu-isu penyeludupan dan aktiviti haram yang melibatkan kedua-dua negara. Kolaborasi ini adalah salah satu langkah penting untuk mengumpulkan informasi dan mengenal pasti pihak-pihak yang terlibat,” ujar Hasbillah.

Beliau turut menjelaskan bahawa SPRM sentiasa berusaha mengumpulkan bukti dan maklumat yang berkaitan untuk mengenal pasti dalang di sebalik kegiatan tersebut. “Kita juga membuka ruang untuk pertukaran informasi, terutama dalam mengesan individu-individu yang cuba melakukan pelanggaran di wilayah sempadan,” tambahnya.

Kunjungan ini juga menjadi platform untuk membincangkan peranan media dalam meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai isu-isu korupsi dan jenayah rentas sempadan. Tim Media Center Kalimantan Barat menyatakan komitmen mereka untuk turut serta dalam menyokong usaha ini melalui pemberitaan yang objektif dan mendalam.

Hasbillah berharap hubungan baik yang terjalin melalui kunjungan ini akan menjadi dasar bagi kerjasama yang lebih erat antara Malaysia dan Indonesia, khususnya dalam bidang penegakan undang-undang. “Kerjasama dengan jurnalis dan media adalah satu langkah penting untuk memastikan mesej pencegahan korupsi dan keadilan sampai kepada masyarakat,” katanya.

Kunjungan ini diakhiri dengan komitmen bersama untuk terus memperkukuh hubungan kedua-dua pihak demi kebaikan bersama di rantau ini.*

SUPARDI N

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *